Pengenalan
Federasi Koperasi Perkhidmatan Kewangan Malaysia Berhad (FedKew) merupakan sebuah badan induk yang menaungi koperasi sektor kewangan dan Ar-Rahnu di Malaysia. Ditubuhkan pada 1 April 2021, FedKew berperanan sebagai pemudahcara, penyelaras serta pemangkin dalam memperkukuh pembangunan dan kelestarian gerakan koperasi di bawah sektor kewangan.
Seiring dengan visi untuk menjadi peneraju utama sektor kewangan koperasi, FedKew komited menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan yang berdaya saing serta berlandaskan prinsip Syariah. Antara penawaran utama termasuklah advisori Syariah, platform digital, perlindungan takaful, perkhidmatan Ar-Rahnu, serta konsultasi pengurusan dan pewarisan harta.
FedKew terus melangkah maju dengan sokongan tadbir urus yang baik, pengurusan kewangan yang berdisiplin, serta keyakinan daripada anggota-anggotanya. Peningkatan jumlah keanggotaan saban tahun membuktikan peranan FedKew sebagai institusi yang progresif, mampan dan relevan dalam memperkasakan koperasi sektor kewangan di Malaysia.

PERANAN FEDKEW
Membantu koperasi membangunkan sasaran perniagaan mereka dengan perkhidmatan kami.
- Fungsi utama Federasi ini ialah perkhidmatan.
- Federasi ini mempunyai peranan berikut:
- membantu anggota dalam menyediakan prasarana berstruktur termasuk prosedur kerja, pengurusan kewangan, modal insan dan komunikasi untuk keberkesanan operasi;
- menyediakan khidmat nasihat teknikal, latihan, sokongan dan kewangan untuk pengukuhan koperasi (impactful facilitator);
- meningkatkan tahap profesionalisme koperasi melalui penerapan tadbir urus korporat;
- menyokong aspirasi Apex dalam mencapai gambaran strategik masa depan gerakan koperasi.
- menyediakan jaringan dan peluang perniagaan ekonomi berskala bagi mencapai manfaat kos melalui kecekapan operasi dan pengurusan;
- mengharmoni operasi dalam kalangan anggota;
- melaksanakan pelan strategik untuk pembangunan sektor ekonomi; dan
- berkolaborasi dengan Suruhanjaya dan Apex untuk membangun dan memperkasakan sektor ekonomi.