Program Bantuan Dana Bagi Ar-Rahnu

Program bantuan dana dan kecairan disediakan kepada koperasi yang menjalankan perniagaan Ar-Rahnu, bagi memastikan operasi mereka lebih stabil, berdaya tahan serta mampu memenuhi keperluan modal pusingan. Inisiatif ini juga membantu koperasi memperkukuh kedudukan kewangan dan memberi perkhidmatan Ar-Rahnu yang lebih baik kepada ahli.