Perkhidmatan Penasihatan SYariah Dan Lantikan Jawatankuasa SYariah Bagi Koperasi

Bertindak sebagai Badan Penasihatan Syariah Bagi suatu kumpulan koperasi dan Jawatankuasa Syariah bagi :

Semakan Syariah

Membantu pengurusan koperasi dalam menyedia dan menyemak segala dokumen berkaitan aktiviti kewangan berasaskan Syariah.

Pembangunan Produk Syariah

Membantu mengurangkan kos koperasi dalam memenuhi keperluan Syariah terutamanya dalam aspek Pensijilan Syariah, Semakan Syariah, Audit Syariah dan Pembangunan Produk berbanding tawaran yang agak tinggi di pasaran semasa.

Pensijilan Syariah

FedKew dapat membantu meningkatkan bilangan koperasi untuk mendapatkan sijil pematuhan Syariah

Audit Syariah

Laporan ke atas Semakan dan Audit Syariah yang dibuat atas setiap koperasi disimpan dengan terperinci dan sedia untuk diperiksa oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.

Lantikan Jawatankuasa Syariah suatu kumpulan koperasi

Jawatankuasa Kuasa Syariah dalam suatu kumpulan koperasi merujuk kepada Koperasi yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk menasihati dalam operasi dan tadbir urus koperasi di Malaysia.